Thursday, March 15, 2018

Pemandangan Roof-top pekan Itaewon







Shopping Barang Dapur di Lotte Mart

Makwan masak hampir setiap hari. Pakdin walaupun boleh makan roti2 dan sebagainya tapi tetap juga nak nasi. Jadi makwan sekeluarga beli nasi segera kat Lotte Mart yang boleh masak pakai mikrowave, cepat dan mudah.
Barang makan beli kat Lotte Mart

Makwan ada bawak sardin sikit hari tu, jadi ada hari masak lauk sardin dan goreng telor dadar. Best sangat makan ngan nasik panas2 dalam winter gitu.

Masa duk melilau cari barang kat Lotte Mart tu, tengok ada pelbagai jenis kimchee dan seaweed yang dijual dalam timbangan gram.



Wednesday, March 14, 2018

Kenangan Indah di Nami Island

Alhamdulillah dapat kenal Nami Island tempat citer Winter Sonata tu...hahaha

Banyak kenderaan la nak pergi sana kira jauh perjalanan sikit. Makan satu hari pergi balik ke Nami Island. Lepas naik lrt, tukar naik train...

kemudian naik bas pulak baru la sampai di jeti untuk nak naik feri ke Nami island๐Ÿ‘๐Ÿ˜„
Pulau Nami

Allahu Akbar... air dah jadi ais...naik feri atas air yang dah jadi ais. Serupa macam yang kita tengok dalam citer titanic tu..he he
Alhamdulillah...dah sampai Pulau Nami๐ŸŒธ


Sampai Nami Island, sejuk tahap gaban..rasa berlaga2 gigi makwan. Kitaorang pakat duduk keliling unggun api nak bagi rasa panas sikit.
Lepas dah rasa lega sikit baru pusing2 Nami Island.


Ada musolla khas untuk kita solat..alhamdulillah. Cantik dan lapang musolla nya. Tq Nami island yang merai'kan kami pengunjung yang begitu ramai muslim.

Kenangan indah ada di Pulau Nami❤...

Naik Cable Car ke Seoul Tower

Alhamdulillah...usai solat zohor di Masjid Seoul Central, kami dalam duk tahan sejuk suhu -17°c teruskan misi ikot itenary hari tu, next~ naik cable car ke Seoul Tower aka Namsan Tower. Salah satu tourist attraction tu๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Satu perkara yang unik di situ, para pengunjung pakat menulis kata2 ucapan  pada ibu kunci kemudian kuncikan ibu kunci tu di situ. Anak2 makwan pun taknak ketinggalan, hah pakat beli la ibu kunci yang dijual untuk nak join sama tulis2 pastu gi kuncikan ibu kunci tu kat situ. Mungkin dah capai jutaan ibu2 kunci terkumpul di puncak Namsan itu. Aduhai, bagi makwan mengarut je sume tu. Tapi anak2 nak suka2 tumpang sekaki tinggalkan ibu kunci masing2..ish ish



Cuaca sejuk tahap gaban -ve 17 darjah celcius tapi en suami kata feel like -24 atas faktor angin. Memang sejuk tahap hapa dah. Tak tahan rasanya makwan. Mungkin sebab time tu kitaorang duk kat puncak. Itu yang jadi lagi haru tu sejukkk..







Kosmetik Korea di Myeongdong

Dah abih pusing Namsan Tower, kitaorang pun turun balik dengan cable car dan sambung berjalan kaki ke Myeongdong Street. Myeondong ni tempat shopping kosmetik dan skin care, kata kakak. Yayyy... boleh la beli aloevera..makwan memang suka pakai aloevera yang brand Nature Republic tu...





Okeh dah sampai sana hari pun dah nak malam, kira night life la di myeondong tu. Punya la ramai orang, nak berjalan bersesak2. Kiranya dia sekali dengan pasar malam kat situ. Masuk kedai natural republic, keluar2 masuk next door Etude house. Keluar etude house masuk pulak next door The Face Shop. Memang happening la kiranya tempat tu. Kat tengah2 laluan, orang jual pelbagai makanan, minuman, aiskrim dan kain baju. Kitaorang hati2 la singgah beli makan tu...beli yang mana yakin je..ada gerai yang ada tanda halal alhamdulillah.





Tuesday, March 13, 2018

Meronda Sambil Shopping di Dongdaemun Pusat Membeli Belah

Anaknda duk beria nak pegi Dongdaemun, jadi bersedia semua ya untuk habiskan duit shopping kat sini... ha ha...




Kami ronda2 dalam cuaca sejuk beku di Dongdaemun sambil beli banyak2 stokin dan mask.

Barang2 souvenier untuk bawak balik malaysia, banyak ada kat sini ya. Pensil case, purse kain, gelang dan akseseri, stokin kasut yang macam stokin untuk tawaf tu pun ada dalam pelbagai corak dan warna. Sapa yang nak cari brooch pula,  satu bangunan tu jual brooch je. Gedung pakaian, kain, benang, renda...semua di sini.

Macam2 ada di Dongdaemun.... Kira betul2 pusat membeli belah la Dongdaemun ni๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Sempat sekali lagi ke sana sebelum balik Malaysia.