Wednesday, March 14, 2018

Kosmetik Korea di Myeongdong

Dah abih pusing Namsan Tower, kitaorang pun turun balik dengan cable car dan sambung berjalan kaki ke Myeongdong Street. Myeondong ni tempat shopping kosmetik dan skin care, kata kakak. Yayyy... boleh la beli aloevera..makwan memang suka pakai aloevera yang brand Nature Republic tu...





Okeh dah sampai sana hari pun dah nak malam, kira night life la di myeondong tu. Punya la ramai orang, nak berjalan bersesak2. Kiranya dia sekali dengan pasar malam kat situ. Masuk kedai natural republic, keluar2 masuk next door Etude house. Keluar etude house masuk pulak next door The Face Shop. Memang happening la kiranya tempat tu. Kat tengah2 laluan, orang jual pelbagai makanan, minuman, aiskrim dan kain baju. Kitaorang hati2 la singgah beli makan tu...beli yang mana yakin je..ada gerai yang ada tanda halal alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment