Saturday, March 24, 2018

Ronda-ronda Sekitar Itaewon jumpa Museum Samsung

Sebelum gerak ke stesen Itaewon, kami ronda2 kawasan sekitar Itaewon dulu. Jalan punya jalan jumpa tempat ni... LEEUM, Samsung Museum of Art. Cantik tempatnya.....luar dan dalam bangunan banyak nilai seni. Jadi anak2 apalagi, berposing la..he he


Thursday, March 22, 2018

Bulgogi Set Makanan Korea Yang Istimewa

Alhamdulillah dapat merasa untuk kali kedua Bulgogi Set makanan istimewa Korea di restoren Eid..alhamdulillah



Wednesday, March 21, 2018

Melawat Tourist Attraction Gyeongbokgung Palace

Berpeluang pergi buat lawatan ke Gyeongbokgung Palace....istana yang dibentengi tembok tebal. Tourist attraction yang popular tu kat Seoul...he he..

Istana tu khabarnya diguna time zaman Jaseon Dinasti. Banyak citer korea deorang buat pengambaran kat sini contoh; citer 'the moon embraces the sun'😊










Monday, March 19, 2018

Lawatan ke Muzium King Sejong

Alhamdulillah jauh perjalanan luas pemandangan di bumi Allah. Meronda2 di kawasan sekitar Muzium King Sejong dan seterusnya singgah lah melawat muzium tersebut.

King Sejong merupakan seorang raja yang dikatakan telah mencipta alphabet Korea yang diguna-pakai sehingga kini.


Kami pun ikut cuba menulis nama masing2 dalam bahasa korea. Berjaya... Tulisan makwan deorang puji cantik... he he













Thursday, March 15, 2018

Pemandangan Roof-top pekan Itaewon







Shopping Barang Dapur di Lotte Mart

Makwan masak hampir setiap hari. Pakdin walaupun boleh makan roti2 dan sebagainya tapi tetap juga nak nasi. Jadi makwan sekeluarga beli nasi segera kat Lotte Mart yang boleh masak pakai mikrowave, cepat dan mudah.
Barang makan beli kat Lotte Mart

Makwan ada bawak sardin sikit hari tu, jadi ada hari masak lauk sardin dan goreng telor dadar. Best sangat makan ngan nasik panas2 dalam winter gitu.

Masa duk melilau cari barang kat Lotte Mart tu, tengok ada pelbagai jenis kimchee dan seaweed yang dijual dalam timbangan gram.



Wednesday, March 14, 2018

Kenangan Indah di Nami Island

Alhamdulillah dapat kenal Nami Island tempat citer Winter Sonata tu...hahaha

Banyak kenderaan la nak pergi sana kira jauh perjalanan sikit. Makan satu hari pergi balik ke Nami Island. Lepas naik lrt, tukar naik train...

kemudian naik bas pulak baru la sampai di jeti untuk nak naik feri ke Nami island👍😄
Pulau Nami

Allahu Akbar... air dah jadi ais...naik feri atas air yang dah jadi ais. Serupa macam yang kita tengok dalam citer titanic tu..he he
Alhamdulillah...dah sampai Pulau Nami🌸


Sampai Nami Island, sejuk tahap gaban..rasa berlaga2 gigi makwan. Kitaorang pakat duduk keliling unggun api nak bagi rasa panas sikit.
Lepas dah rasa lega sikit baru pusing2 Nami Island.


Ada musolla khas untuk kita solat..alhamdulillah. Cantik dan lapang musolla nya. Tq Nami island yang merai'kan kami pengunjung yang begitu ramai muslim.

Kenangan indah ada di Pulau Nami❤...