Alhamdulillah, semua tak sabar nak merasa makanan korea yang kakak duk sebut2. Kakak dah pernah datang makan di Restoran Eid dengan kawannya masa trip pertama dulu. Kira popular la restoran tu sebab menyajikan makanan korea yang halal.
Restoran halal ini terletak kira2 100m dari Central Seoul Mosque. Keluar dari masjid tu lalu ikut lorong2 belakang inshaAllah akan terus jumpa restoran tu.
Mula2 duduk terus dihidangkan air suam. Bagus kan, konsep meraikan tetamu tu....
Kami order set Bulgogi daging dan nasi puteh. Dihidangkan dengan kimchee, coleslaw dan ikan bilis halus. Siap bagi compliment air mix plum panas serta hirisan buah limau sebagai pembasuh mulut. Bagusnyaa....
Sangat sedap dan healthy rasanya makanan korea ni. Deorang tak banyak guna minyak masak dan garam. Tapi sedap dan menyelerakan alhamdulillah.
Tuan kedainya orang Korea suami isteri agak mesra melayan customer. Dari cerita beliau, anak nya kini sedang buat master di UIA, tempat kita. Katanya lagi, beliau akan membuka cawangan restoran Eid di Malaysia iaitu di Bangi. Sekarang tentu nya dah beroperasi. Sila lah ya ke sana untuk merasai keenakan Bulgogi Set ori Korea๐๐ Highly recommended.
Bulgogi yg terbaek d saentero dunia.
ReplyDelete