Wednesday, March 14, 2018

Naik Cable Car ke Seoul Tower

Alhamdulillah...usai solat zohor di Masjid Seoul Central, kami dalam duk tahan sejuk suhu -17°c teruskan misi ikot itenary hari tu, next~ naik cable car ke Seoul Tower aka Namsan Tower. Salah satu tourist attraction tuπŸ‘πŸ‘



Satu perkara yang unik di situ, para pengunjung pakat menulis kata2 ucapan  pada ibu kunci kemudian kuncikan ibu kunci tu di situ. Anak2 makwan pun taknak ketinggalan, hah pakat beli la ibu kunci yang dijual untuk nak join sama tulis2 pastu gi kuncikan ibu kunci tu kat situ. Mungkin dah capai jutaan ibu2 kunci terkumpul di puncak Namsan itu. Aduhai, bagi makwan mengarut je sume tu. Tapi anak2 nak suka2 tumpang sekaki tinggalkan ibu kunci masing2..ish ish



Cuaca sejuk tahap gaban -ve 17 darjah celcius tapi en suami kata feel like -24 atas faktor angin. Memang sejuk tahap hapa dah. Tak tahan rasanya makwan. Mungkin sebab time tu kitaorang duk kat puncak. Itu yang jadi lagi haru tu sejukkk..







Kosmetik Korea di Myeongdong

Dah abih pusing Namsan Tower, kitaorang pun turun balik dengan cable car dan sambung berjalan kaki ke Myeongdong Street. Myeondong ni tempat shopping kosmetik dan skin care, kata kakak. Yayyy... boleh la beli aloevera..makwan memang suka pakai aloevera yang brand Nature Republic tu...





Okeh dah sampai sana hari pun dah nak malam, kira night life la di myeondong tu. Punya la ramai orang, nak berjalan bersesak2. Kiranya dia sekali dengan pasar malam kat situ. Masuk kedai natural republic, keluar2 masuk next door Etude house. Keluar etude house masuk pulak next door The Face Shop. Memang happening la kiranya tempat tu. Kat tengah2 laluan, orang jual pelbagai makanan, minuman, aiskrim dan kain baju. Kitaorang hati2 la singgah beli makan tu...beli yang mana yakin je..ada gerai yang ada tanda halal alhamdulillah.





Tuesday, March 13, 2018

Meronda Sambil Shopping di Dongdaemun Pusat Membeli Belah

Anaknda duk beria nak pegi Dongdaemun, jadi bersedia semua ya untuk habiskan duit shopping kat sini... ha ha...




Kami ronda2 dalam cuaca sejuk beku di Dongdaemun sambil beli banyak2 stokin dan mask.

Barang2 souvenier untuk bawak balik malaysia, banyak ada kat sini ya. Pensil case, purse kain, gelang dan akseseri, stokin kasut yang macam stokin untuk tawaf tu pun ada dalam pelbagai corak dan warna. Sapa yang nak cari brooch pula,  satu bangunan tu jual brooch je. Gedung pakaian, kain, benang, renda...semua di sini.

Macam2 ada di Dongdaemun.... Kira betul2 pusat membeli belah la Dongdaemun niπŸ‘πŸ‘

Sempat sekali lagi ke sana sebelum balik Malaysia.

Setiap Hari di Itaewon Station

Kiranya setiap hari lah kami berulang alik dari tempat menginap Itaewon Inn ke Itaewon Station. Dari Itaewon Station balik Itaewon Inn. Hari2 bergegas turun naik lrt ke stesen2 destinasi.  Setiap orang kena ada travel card masing2 kira macam kad touch n go lah.


Memang efisyen sangat subway kat korea ni. Subway ada 9 lines semuanya. Stesen Itaewon kat line 6 kalau tak silap makwan. Kena download mobile apps Seoul Subway untuk mudah buat rujukan nak kemana2 destinasi.

Stesen subway selalu ramai orang. Nak2 time warga korea balik kerja, memang bersesak. Kalau dah bertembung dengan time deorang balik kerja, hah memang jarang la dapat tempat duduk.



Pastu dalam lrt, adegan yang sering dilihat, semua orang sibuk duk tengok fon masing2... Ish ish..mana2 pun sume macam tu kan sekarang...kan kan😁😁


Masjid Seoul Central Dalam Kenangan

Terkenang.... Masjid Seoul Central(masjid Itaewon) merupakan tempat yang mula2 sekali kami pergi pada hari pertama berada di Seoul. Alhamdulillah semua nak ikut en suami dan anak bujang ke masjid untuk solat Jumaat.


Boleh tahan ramai orang Malaysia waktu tu, congak2 ada la agak dalam seratus lebih. Pelancong campur dengan student Malaysia la tu... Rasa macam bukan duduk negara asing pulak sebab tengok ramai Malaysian....he he

Cantik dan besar masjid ni. Dalam pun selesa, ada stand heater tambahan untuk bagi panas sikit.. ha ha... maklumlah cuaca sejuk di Seoul time tu negatif 11 darjah celcius..ish ish








Restoran Eid Popular di Seoul

Alhamdulillah, semua tak sabar nak merasa makanan korea yang kakak duk sebut2. Kakak dah pernah datang makan di Restoran Eid dengan kawannya masa trip pertama dulu. Kira popular la restoran tu sebab menyajikan makanan korea yang halal.




Restoran halal ini terletak kira2 100m dari Central Seoul Mosque. Keluar dari masjid tu lalu ikut lorong2 belakang inshaAllah akan terus jumpa restoran tu.






Mula2 duduk terus dihidangkan air suam. Bagus kan, konsep meraikan tetamu tu....
Kami order set Bulgogi daging dan nasi puteh. Dihidangkan dengan kimchee, coleslaw dan ikan bilis halus. Siap bagi compliment air mix plum panas serta hirisan buah limau sebagai pembasuh mulut. Bagusnyaa....

Sangat sedap dan healthy rasanya makanan korea ni. Deorang tak banyak guna minyak masak dan garam. Tapi sedap dan menyelerakan alhamdulillah.

Tuan kedainya orang Korea suami isteri agak mesra melayan customer. Dari cerita beliau, anak nya kini sedang buat master di UIA, tempat kita. Katanya lagi, beliau akan membuka cawangan restoran Eid di Malaysia iaitu di Bangi. Sekarang tentu nya dah beroperasi. Sila lah ya ke sana untuk merasai keenakan Bulgogi Set ori KoreaπŸ‘πŸ‘ Highly recommended.